Nuffnang

Saturday, April 24, 2010

Khairul Noormaidah Zali Gadis Melayu 2009







Aida dinobatkan sebagai ikon Gadis Melayu



Peserta berusia 23 tahun ini berjaya menewaskan empat lagi finalis



Persembahan dramatik Aida berjaya memukau perhatian penonton dan juri



Aida bersama kedua ibubapanya



Jamal Abdillah turut hadir menyerikan peringkat akhir Gadis Melayu








Semuanya kerana bonda


Apakah pengalaman yang diperoleh Khairul Noor Maidah sepanjang pembabitannya menyertai Pertandingan Pencarian Gadis Melayu?

"SUDAH lama mengidam untuk menyarung persalinan Puteri Perak, tetapi tidak pernah kesampaian. Masa bertanding dalam program Pencarian Gadis Melayu pun terfikir juga mengenakan baju Puteri Perak tetapi kumpulan saya mendapat tugasan yang memerlukan kami mengenakan kostum Cik Siti Wan kembang," tutur Khairul Noor Maidah Zali, 24. Jelas gadis yang berketinggian 157 sentimeter itu, baju Puteri Perak yang menggabungkan budaya Melayu-Aceh antara busana yang dikagumi. Walaupun baju berleher cekak musang itu digayakan bersama seluar dan bersamping tetapi ia masih menyerlahkan keanggunan si puteri.

Ini kerana di bahagian dada baju dilengkapi dengan pelapik yang bersulam manakala mahkota emas menghiasi di kepala. Tidak ketinggalan kelengkapan aksesori, selendang panjang dan bengkung.


"MANIS dalam persalinan puteri diraja Perak. "

"Ini menunjukkan puteri pada zaman dahulu selesa berseluar untuk memudahkan mereka bersilat. Namun begitu, masih menitikberatkan gaya yang sopan dan kecantikan," kata juara program Pencarian Gadis Melayu anjuran Stesen TV9, Khairul Noor Maidah ketika sesi fotografi baru-baru ini.

Sesekali dia menoleh ke cermin di Studio Utusan Melayu, di Jalan Chan Sow Lin melihat tata rias wajahnya persis puteri di zaman kegemilangan raja-raja Melayu.

Jelas anak ketiga daripada sembilan orang adik-beradik ini, dia tidak menyangka sama sekali saranan bondanya (Yamani Yahya) supaya menghadiri sesi uji bakat, Pencarian Gadis Melayu di Sungai Petani, Kedah telah melayakkan dirinya menjadi juara program realiti terbaru di TV9 itu.


Aida, penuntut tahun akhir, Ijazah Komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, memberitahu, program tersebut telah mendedahkan pelbagai pengalaman menarik termasuk ilmu keagamaan yang menjadi tonggak utama kepada kehidupan. Mereka diajar berzanji dan mengaji.

"AIDA menyarankan masyarakat Melayu mengamalkan sikap berbudi bahasa."

"Banyak perkara yang dipelajari dan nasihat yang diperoleh daripada tetamu jemputan program. Sebelum ini, saya fikir diri sudah lengkap dengan ilmu dan adat Melayu, tetapi program Gadis Melayu berjaya membuka minda saya.

"Para peserta bukan sahaja didedahkan dengan kisah dan sejarah Melayu. Pada masa yang sama kami diajar protokol, adab, cara berpakaian, bertutur dan budi pekerti yang perlu dipraktikkan oleh gadis Melayu. Biarpun era semakin zaman moden, ciri-ciri tradisi perlu diamalkan terutamanya budi bahasa," ujarnya yang mempunyai lebih kurang 100 pasang baju kurung dan gemar mengumpul kerongsang kerudung serta busana.


Bercakap mengenai isu budi bahasa, Aida yang pernah mewakili sekolah, peringkat zon dan daerah untuk pertandingan Pidato Piala Diraja melahirkan rasa kurang senang kepada masyarakat memandang rendah kepada orang hanya kerana faktor kemiskinan atau darjat.

"MEMORI manis Aida saat bergelar Ikon Gadis Melayu dikongsi bersama ibu bapa tersayang."

"Kerapkali kita lihat anak Melayu yang tidak menunjukkan rasa hormat dan bercakap sopan kepada golongan pengawal, pekerja kilang, tukang sapu, pekerja tol atau golongan miskin.

"Seharusnya sikap ini tidak patut disemat dalam diri. Adakah kerana mereka melakukan kerja sedemikian, mereka tidak layak menerima sapaan lembut? Hakikatnya, bukanlah suatu kerugian sekiranya kita berbudi bahasa dengan orang lain.

"Bukan sahaja bangsa Melayu saja, malah setiap kaum dan agama juga menuntut setiap individu melakukan kebaikan dan saling menghormati antara satu sama lain," luahnya yang turut melahirkan rasa gembira kerana berpeluang mempelajari teknik asas dan bunga silat Satuo menerusi program Gadis Melayu.

Menangkis pendapat masyarakat Melayu yang menyangkakan silat hanya seni pertahanan diri yang sudah lapuk dan kuno, bekas pelajar Sekolah Menengah Agama An-Ittifaqiyah Guai, Temerloh, Pahang itu menjelaskan, silat juga salah satu senaman yang baik untuk tubuh badan.

Bukan sekadar mengeluarkan peluh dan mencergaskan badan, bahkan ia dapat mengempiskan perut serta membuatkan individu berasa aktif.

Sepanjang berlatih silat, gadis yang bertahi lalat di hidung itu sentiasa terbayangkan seri kandi Tun Fatimah.

Baginda bukan sahaja terkenal dengan kecantikan, tetapi memiliki ketangkasan dalam pencak silat.

Ini membuktikan wanita Melayu juga boleh berlawan sekiranya berani dan bersedia mempelajari ilmu pertahanan diri.

Dalam merebut gelaran juara, Aida telah menewaskan empat finalis, Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, Siti Norashikin Mohd. Nor, Nurul Khusna Uma dan Nur Aishah Zainal.

Dia memenangi hadiah bernilai RM70,000 iaitu wang tunai RM10,000, pakej percutian, set barang kemas tajaan Habib Jewel, perkakas elektrik dan produk kecantikan.

Persembahan dramatik bawa tuah buat Aida

SETELAH lebih tiga bulan melalui pelbagai tugasan mencabar, gelaran ikon Gadis Melayu nampaknya berpihak kepada Khairul Noormaidah Zali atau mesra dengan panggilan Aida ini, yang telah berjaya memukau juri profesional dan penonton menerusi persembahan 'dramatik' yang dipamerkannya pada peringkat akhir program realiti terbitan TV9 itu di Auditorium MBSA, di sini, semalam.

Peserta berusia 23 tahun itu berjaya menewaskan emp
at lagi finalis iaitu Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, 27, Siti Nurashikin Mohd. Noor, 22, Nurul Khusna Uma, 20, dan Nur Aishah Zainal, 23 apabila menerima markah keseluruhan tertinggi daripada juri profesional dan juga berdasarkan undian SMS penonton.

Apa yang pasti, kemenangannya pada malam itu menepati ramalan ramai setelah Aida mempamerkan persembahan yang menarik dengan bacaan puisi bertemakan kasih sayang kepada ibubapa serta turut diselitkan elemen drama memaparkan balasan Tuhan terhadap anak yang derhaka.

Peserta berasal dari Kuantan, Pahang ini juga memukau penonton yang hadir apabila turut menyanyi 'rap' dalam bahasa Arab di dalam persembahannya itu bersama artis jemputan, Akhbar.

Aida juga cukup berkeyakinan ketika menjawab soalan oleh salah seorang juri profesional malam itu, Pakar Bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim tentang tiga ciri utama yang diperlukan bagi menjadi ikon Gadis Melayu.

Dengan kemenangan tersebut, Aida membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta produk-produk kecantikan dan kesihatan, sementara empat finalis lagi menerima hadiah saguhati berjumlah RM1,000 tunai setiap seorang.

Program yang bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat Melayu walaupun berpewatakan moden dan berkarier tinggi ini menilai kriteria calon-calon berdasarkan kecantikan, kemahiran, personaliti dan keagamaan.

Malah, sepanjang 13 episod program itu, semua peserta telah mempelajari pelbagai aspek pengetahuan termasuklah pengurusan diri, masakan, mengikuti kelas agama serta turut terlibat dengan kerja-kerja amal.

Pada peringkat akhir yang dihoskan oleh dua pelakon terkenal, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramlie, kesemua finalis telah membuat persembahan di bawah bimbingan Normah Nordin dan Habsah Hassan.

Gadis Melayu peringkat akhir telah diadili oleh lima juri profesional iaitu, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini Datuk Abdullah, Pakar Bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Datuk Dr. Nik Safiah Karim, penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, perunding motivasi dan penyanyi, Dr. Fazley Yaacob serta pelakon teater berpengalaman, Stephen Rahman Hughes.

Pemarkahan dibuat berdasarkan 60 peratus juri profesional, manakala 40 peratus menerusi SMS dengan setiap undian SMS sebanyak 10 sen akan didermakan kepada tabung mangsa kekejaman Zionis di Gaza.

Turut hadir pada acara itu ialah Sultanah Kedah, Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Haji Hamidun, Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Abdul Mutalib dan isteri Datin Radziah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.

Mengulas mengenai kemenangan bergelar ikon Gadis Melayu, kata Aida, dia sama sekali tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang apatah lagi bila melihat saingan daripada empat lagi finalis yang juga menunjukkan persembahan yang hebat.

"Saya hanya fikir untuk memberikan persembahan yang sehabis baik memandangkan keluarga telah meletakkan harapan yang tinggi. Tetapi, kemenangan ini memang sesuatu yang tidak dijangka kerana jika dilihat pada setiap episod, saya akui kurang menyerlah.

"Apapun, saya sedar selepas ini saya perlu pikul tanggungjawab yang berat dengan gelaran seperti ini. Dengan kepercayaan yang telah diberikan, Insya-Allah, saya harap saya akan dapat menjadi insan yang lebih baik," kata Aida yang ditemui pada sidang media sejurus berakhirnya program itu.

Bercerita tentang persiapan menjelang pertandingan akhir itu, kata penuntut tahun akhir jurusan komunikasi di Universiti Utara Malaysia ini, dia mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk membuat persediaan bagi persembahannya itu.

"Idea untuk fokus kepada subjek anak derhaka yang tidak menghormati ibubapa ini memang merupakan idea asal saya. Tetapi kon
sepnya dimantapkan lagi atas tunjuk ajar Normah Nordin.

"Jika diikutkan, saya memang ingin lebih mendalami karektor anak derhaka itu. Saya cuba untuk menangis di pentas, tetapi saya terpaksa kawal emosi agar dapat fokus kepada nyanyian rap kemudiannya," katanya.
Jamal Abdillah turut hadir menyerikan peringkat akhir Gadis Melayu

Pada sidang media itu juga, Aida turut diumumkan bakal ditawarkan menjadi wartawan penyiaran di TV9, sebaik dia tamat menjalani latihan praktikal pengajiannya bulan April nanti.

"Saya memang meminati bidang penyiaran terutamanya dalam pengacaraan. Jika berpeluang, saya ingin cuba mengacara program berbentuk keagamaan. Tetapi tidak salah jika saya mencuba mana-mana program lain jika dirasakan sesuai," kata Aida.

Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, tutur Aida, dia akan mengikuti latihan praktikal yang bakal bermula pada 20 Januari ini berkemungkinan di TV9 sendiri selama empat bulan.

"Pada awalnya, saya telah diletakkan oleh fakulti saya untuk membuat praktikal di Majlis Perbandaran Selayang. Tetapi, pihak TV9 ada juga menawarkan pada saya untuk jalani praktikal di stesen tersebut.

"Jadi, saya sendiri belum pasti di mana saya akan buat latihan tersebut kerana pe
rbincangan lanjut belum lagi dibuat," jelasnya yang akui memperoleh banyak pengalaman baru sepanjang menyertai program Gadis Melayu ini.

Tambah Aida lagi, dengan wang kemenangan yang diperolehnya itu, dia berhasrat untuk menyumbang separuh daripadanya kepada tabung Gaza.

"Saya memang nekad untuk salurkan separuh daripada wang tersebut kepada tabung berkenaan. Melihat kepada kekejaman yang berlaku di sana, memang cukup menyedihkan.

"Ini saja bantuan yang saya boleh berikan kepada mereka selain iringan doa agar penderitaan rakyat di sana akan berakhir," kata Aida.

Dalam pada itu, Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang diminta mengulas tentang kemenangan Aida pada malam itu berkata, keputusan juri profesional juga menampakkan kesepakatan untuk memilih gadis itu sebagai juara.

"Sejujurnya, kelima-lima finalis telah memberikan persembahan yang memuaskan. Tetapi penampilan Aida dengan pakaian dan persembahannya itu memang dilihat sesuai dengan konsep yang dipamerkan," kata Nik Safiah.

Aida bukan saja menerima markah tertinggi daripada pihak juri, tetapi turut mendapat undian SMS yang paling tinggi iaitu sebanyak 14 peratus atau 18,000 undian.

Peringkat akhir Gadis Melayu turut diserikan dengan persembahan oleh Hazami yang menyampaikan lagu Katakanlah dan Jamal Abdillah yang menggamatkan suasana apabila mendendangkan lagu popularnya, Gadis Melayu.

Keletah Afdlin dan Adlin sebagai hos program akhir itu juga cukup menghiburkan apabila kedua-duanya dilihat sering mengusik lima finalis tersebut tatkala selesai membuat persembahan.

Empat finalis lain juga turut membuat persembahan tersendiri yang mana mereka turut diiringi oleh kumpulan Mohram dan Cicik Akademi Nasyid dan pelakon, Razali.

Afzan mempamerkan tarian tradisional Sabah iaitu Daling-Daling serta deklamasi puisi, tetapi dilihat agak gementar ketika menjawab soalan daripada juri manakala persembahan Aishah dengan nyanyian Tari Tualang Tiga serta turut berlakon mempunyai keunikan tersendiri apabila dia memperlihatkan kemahirannya berbahasa Mandarin.

Malah, soalan yang diajukan oleh Stephen juga dijawab oleh Aishah dengan cukup berkey
akinan. Begitu juga dengan persembahan Khusna yang bermain gamelan dan bergurindam yang dilihat menarik apabila peserta itu turut bersilat.

Persembahan Shikin yang mendeklamasikan puisi berjudul Palestin juga disampaikan cukup mendalam olehnya sambil diiringi visual kekejaman oleh Zionis itu. Cuma diakui, 'aura' yang dimiliki oleh peserta ini kurang menyerlah meskipun wajahnya dikatakan mirip penyanyi popular tanahair, Datuk Siti Nurhaliza.

Biarpun gagal bergelar juara, empat finalis ini juga bagaimanapun berkemungkinan akan turut ditawarkan sebagai ahli keluarga TV9, namun perkara itu masih lagi di dalam perbincangan.

Kemahiran lima peserta menghadapi pelbagai ujian dapat disaksikan secara langsung di TV9

TV9 berasakan bakat semula jadi yang dimiliki semua peserta akhir program Gadis Melayu tidak harus dipersia-siakan.

Justeru, mereka yang berjaya menambat hati pengurusan stesen ini pasti akan diberi peluang bertugas bersama saluran di bawah Media Prima itu selepas program pencarian anjuran mereka itu tamat, malam esok (15 Januari).

Sejak sesi uji bakat diadakan lagi, kebanyakannya sudah menunjukkan minat dan kecenderungan masing-masing, sama ada dalam bidang pengacaraan, kewartawanan dan sebagainya. Tugas TV9 hanya untuk menggilap bakat semua peserta akhir dan seandainya rezeki menyebelahi, pasti sebahagiannya bakal menyaksikan karier penyiaran mereka bermula di stese
n TV ini.

Menurut Penerbit Eksekutif Gadis Melayu, Ezzah Aziz Fawzy, sepanjang menyertai rancangan terbabit, peserta turut didedahkan dengan kursus kemahiran antara diri, ketrampilan, pemakaian serta kepimpinan.

"Semua kursus berkenaan disediakan bagi melengkapkan diri peserta untuk bergelar Gadis Melayu apabila final diadakan tidak lama lagi. Lebih penting daripada semua itu, sesiapa saja yang diumumkan pemenang, menjadi harapan kami agar dia mampu menjadi aspirasi kepada gadis Melayu lain," katanya ketika ditemui pada majlis mengumumkan senarai peserta yang berjaya ke peringkat akhir program itu di Villa May, Shah Alam, baru-baru ini.

Lima peserta yang berjaya melangkah ke akhir ialah Khairul Noormaidah Zali dari Rawang, Selangor; Noor Afzan Mohd Afzul Khan (kota Kinabalu, Sabah); Siti Nurashikin Mohd Noor (Sungai Petani, Kedah); Nurul Khusna Uma (Kuantan, Pahang); dan Nur Aishah Zainal (Melaka).

Siaran langsung peringkat akhir dipancarkan di TV9 dari Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Khamis ini, jam 8.30 malam. Rancangan berkenaan akan dikendalikan dua artis serba boleh, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramlie.

Pemenang Gadis Melayu membawa pulang hadiah keseluruhan yang bernilai RM67,000, manakala empat peserta akhir menerima hadiah sagu hati bernilai RM44,000.


Pada rancangan akhir itu juga, setiap peserta yang berjaya akan mempersembahkan teater yang diarahkan oleh Normah Nordin dan Habsah Hassan. Mereka juga akan beraksi bersama beberapa pelakon seperti Jehan Miskin, Arash Mohamad dan Azhar Sulaiman.

Barisan juri yang bakal menilai peserta pada malam berkenaan ialah Toh Puan Noor Aini Datuk Abdullah, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood dan Dr Fazley Yaacob.

Pada majlis terbabit, turut diumumkan ialah 10 pemenang penghantar SMS terbanyak untuk peraduan yang dianjurkan TV9 sempena program berkenaan, serta pemenang lima kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Gadis Anggun dan Gadis Ayu yang kedua-duanya menjadi milik Efi Norfiani Aris Setiawan, Gadis
Bijaksana (Zehra Zambri), Gadis Idaman (Nur Aishah Zainal) dan Gadis Dekat Di Hati (Nurul Khusna Uma).

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penggantian pengacara asal, Fahrin Ahmad, kepada Afdlin dan Adlin mengacarakan peringkat akhir, Ezzah berkata, mengikut kontrak, Fahrin hanya mengacarakan program itu sebanyak 13 episod.

"Berikutan sambutan baik penonton terhadap program Gadis Melayu, ia ditambah lagi sebanyak tiga episod. Dua daripadanya akan disiarkan selepas peringkat akhir nanti. Jadi, apabila kontrak Fahrin sudah tamat, kami menggunakan dua pengacara lain bagi mengendalikan rancangan final," kata Ezzah.



Berikut adalah finalist program realiti Gadis Melayu :


Wan Fariza Binti Mustafa (Melaka), Nurul Khusna Bt Uma (Kuantan, Pahang)



Wan Hafizah Wan Abdullah (Kota Bharu, Kelantan), Efi Norfiani Bt Aris Setiawan (Kajang, Selangor)



Nur Aishah Zainal (Melaka) Ayunaliza Bt Atan (Johor Bharu)




Siti Nurashikin Bt Mohd Noor (Sungai Petani, Kedah) Khairul Noormaidah Bt Zali (Rawang, Selangor)

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts with Thumbnails