Nuffnang

Saturday, April 24, 2010

Belum Lagi bercerai, Manohara Sudah Dirisik Ramai Lelaki

Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memerintahkan Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.






Nuffnang Ads





Hakim Syarie Mohd Yusof Awang berkata perintah itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry melafazkan sumpah "Yamin Istizhar" (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Januari tahun depan.

Ketika membacakan penghujahan penghakiman lebih sejam itu, Mohd Yusof memerintahkan hukuman kembali taat terhadap Manohara itu berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari selepas suaminya melafazkan sumpah berkenaan.

Manohara yang memakai gelaran Cik Puan Temenggong, juga perlu membayar jumlah hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan.

"Saya berpuas hati dengan segala keterangan pihak plaintif termasuk keterangan saksi sebelum ini dan setelah mengambil kira semuanya, pihak defendan perlu kembali taat dan membayar hutang kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan," kata Mohd Yusof.

Pada prosiding ini, Tengku Temenggong turut hadir mendengar keputusan tersebut tanpa kehadiran isterinya itu.


Manohara juga tidak diwakili mana-mana peguam selepas peguamnya sebelum ini Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November lalu.

Sewaktu membacakan penghakimannya, Mohd Yusof berkata tindakan Manohara yang melarikan diri ke Indonesia dan membuat kenyataan berbaur fitnah di media massa negara itu adalah suatu tindakan yang salah di sisi Islam sedangkan beliau telah dilayan dengan sebaik mungkin semasa tinggal bersama suaminya di Istana Mahkota di sini.

"Apa yang dinikmati defendan itu tidak dapat diperoleh wanita lain dan sepatutnya berterima kasih kepada plaintif dan keluarga diraja tanpa membuat fitnah di media massa yang juga tersiar di internet.

"Plaintif telah menjalankan tugasnya sebagai seorang suami dengan sempurna dan tidak wujud soal penderaan semasa berada di sini dan jika kesemua telah dilakukan dengan sempurna oleh plaintif, tidak ada sebab bagi defendan melakukan tindakan sedemikian," katanya.
Mohd Yusof berkata jika Manohara, yang juga seorang model di Indonesia, enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari itu nanti, beliau mengikut undang-undang Islam merupakan isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya.

Mengenai tuntutan hutang, Mohd Yusof berkata disebabkan Manohara gagal hadir ke mahkamah untuk memberi kenyataan, mahkamah menyifatkan penafian Manohara bahawa wang itu merupakan pemberian oleh suaminya sebagai tidak relevan.

SMS dari Manohara membawa mesej bahawa dia tidak berhasrat memohon maaf dan tidak bercadang untuk kembali ke Malaysia.

"Saya telah teliti dokumen dan wujud transaksi pemindahan wang kepada defendan dan mahkamah bersetuju dengan keterangan pihak plaintif yang boleh diterima pakai dan direkodkan," katanya.

Ketika di luar mahkamah, Tengku Temenggong melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan berkenaan dan meminta semua pihak menerima baik keputusan berkenaan.

"Semua pihak perlu menghormati keputusan ini," katanya. Sewaktu ditanya apakah beliau masih mengharapkan Manohara agar kembali taat kepadanya, Tengku Temenggong berkata: "Ya, sudah tentu".


Belum Lagi bercerai, Manohara Sudah Dirisik Ramai Lelaki

MESKIPUN belum rasmi bercerai, jelitawan yang kini sudah sampai ke peringkat status selebriti, Manohara Odelia Pinot sudah dirisik oleh ramai lelaki.

Isteri Tengku Temenggong Muhammad Fachry Petra, ternyata tidak ingin terburu-buru mencari pengganti.

"Kalau difikirkan, saya tidak mahu mencari. Kalau teman lelaki memang ramai tapi tidak ada yang lebih rapat waktu ini," jelas Mano.

Mano mengaku, ada beberapa lelaki yang menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya. Namun, semua ditolaknya.

"Ada yang tawar diri tapi saya tidak serius. Mungkin kerana mereka sering melihat saya mucul di television," kata Mano lagi.

Katanya lagi, "Saya berkawan dengan sesiapa saja..."

Mano tidak ingin cepat mengambil keputusan untuk menentukan siapa pilihan untuk menjadi pengganti.

"Saya orang yang santai. Kalau untuk cari teman laki-laki, saya perlu lihat dari ketulusannya. Bukannya hendak memilih, perlu ada batas-batasnya," tutur Mano.

Manohara kini bintang sinetron

Setelah krisis rumah tangganya dengan Tengku Temenggong Kelantan menjadi topik utama akhbar, model Manohara Odelia Pinot (gambar) kembali menceburi industri hiburan.

Manohara berkata, dia memberikan yang terbaik untuk drama atau sinetron pertamanya berjudul Manohara walaupun mengakui penguasaan bahasa Indonesianya masih lemah.

Drama itu mula ditayangkan di stesen televisyen tempatan, Rajawali Citra Televisi Indonesia (RCTI) semalam.

"Saya giat berlatih menguasai bahasa Indonesia dengan membaca pelbagai jenis buku dan akhbar. Saya juga tidak segan untuk bertanya apabila berdepan masalah bahasa," kata remaja berusia 17 tahun itu baru-baru ini.


Ketika menjawab pertanyaan media sama ada drama sensasi itu menyentuh kisah perkahwinannya dengan Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra, Manohara menyatakan ia semata-mata fiksyen dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Namun, tegas Manohara, pengalaman sebagai mangsa penderaan banyak membantunya menjiwai watak utama dalam drama ini

Gadis kacukan Indonesia-Amerika Syarikat itu melarikan diri ke Indonesia pada Mei lepas. dia mendakwa didera suaminya tetapi semua tuduhan itu dinafikan keluarga diraja Kelantan.

Dalam perkembangan sama, keluarga kesultanan Solo, Sunan Pakubuwono XIII Hangabehi menganugerahi Manohara dengan gelaran Kanjeng Mas Ayu.

Jurucakap istana, Puteri Gusti Raden Ayu Koes Murtiyah berkata, anugerah itu adalah sempena sambutan keempat pertabalan Pakubuwono XIII Hangabehi baru-baru ini.

"Dia diberikan anugerah itu kerana Manohara masih menjadi isteri keluarga diraja yang sah," katanya.

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts with Thumbnails