Nuffnang

Friday, April 23, 2010

Download | Aizat - Percubaan Pertama - Full album

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 ini sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyayian. Walaupun muncul tanpa pakej yang lengkap, Muhammad Aizat Amdan atau lebih dikenali sebagai Aizat, masih mampu memukau pendengar dengan kekuatan vokal yang dimiliki. Paling meninggalkan kesan, apabila Aizat mendendangkan lagu “Perpisahan” yang dipopularkan oleh Anuar Zain..


Gemersik suaranya pada malam itu membuatkan tiga pengkritik tetap, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Hattan dan Fauziah Latiff, dan pengkritik jemputan, Kudsia Kahar terpegun seketika. Malah, mereka sependapat persembahan Aizat pada malam itu sempurna sehingga Hattan mengakui bulu romanya meremang. Namun, perjuangan Aizat di dalam AF5 tidak kesampaian apabila dia disingkirkan pada minggu ketujuh.

Kini, setelah hampir dua tahun meninggalkan akademi, Aizat masih meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian. Singlenya yang bertajuk “Hanya Engkau Yang Mampu”
dan “Sahabat” sering dimainkan di corong-corong radio, sekaligus berjaya melonjakkan nama Aizat di persada dunia hiburan tempatan.

Melihat kejayaan ini membuatkan Aizat memanjangkan langkahnya dengan menghasilkan album penuh yang berjudul ‘Percubaan Pertama’ yang menampilkan lapan buah lagu kesemuanya. Album ini dihasilkan di bawah syarikat m
ilik Aizat sendiri iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Menurut Aizat yang ditemui semasa majlis
pelancaran album terbarunya, album itu diilhamkan olehnya bersama adik-beradiknya yang juga mempunyai citarasa muzik dan jenis lagu yang sama sepertinya. Aizat juga mengakui albumnya itu lahir kerana dia mendapat sokongan padu daripada keluarga yang sentiasa memberi galakkan dan percaya dengan bakat yang dimilikinya.

“Album ini terhasil kerana saya mendapat sokongan padu daripada keluarga. Saya memang cukup bertuah dapat keluarga seperti ini. Mereka sentiasa percaya dengan bakat yang saya miliki dan tidak jemu-jemu memberi sokongan. Tanpa mereka, mungkin saya masih tidak mampu merealisasikan impian untuk memiliki album ini.

“Untuk album pertama ini, banyak wang dan masa yang telah dilaburkan. Kos keseluruhan adalah kira-kira RM60 ribu. Tetapi saya ketepikan soal duit kerana saya puas hati dengan kelahiran album ini kerana ia adalah hasil usaha kami sekeluarga. Kebanyakan lagu-lagu adalah hasil karya saya serta dua abang saya iaitu Muhammad Amar dan Muhammad Anas.

“Bagaimanapun, tipulah kalau saya katakan yang saya 100 peratus puas hati dengan pembikinan album ini. Sebab itulah saya namakan album ini ‘Percubaan Pertama’. Saya sedar masih banyak yang perlu saya pertingkatkan untuk menghasilkan album yang terbaik,” terang Aizat yang kini tampil dengan imej baru.

Sementara itu, menjawab isu yang mengatakan lagu-lagunya banyak dipengaruhi oleh muzik Indonesia, Aizat menjelaskan yang dia sama sekali tidak menyangka isu itu akan timbul. Bagi Aizat, muzik itu global. Oleh itu, dia pasti akan menyanyikan apa sahaja lagu jika muziknya memenuhi citarasa.

Harapan Aizat agar album ‘Percubaan Pertama’ ini dapat memberi kelainan dalam usahanya menghasilkan karya-karya berkualiti serta mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat muzik.

Ulasan dari www.gua.com.my

Download


1. Fikirlah
2. Hanya kau Yang Mampu
3. Lagu Kita
4. Sahabat
5. Selamat Tinggal Akhirnya
6. Cintai Diriku
7. Melodi Cinta
8. Hanya Kau Yang Mampu (acoustic version)

No comments:

Post a Comment

nuffnang

Related Posts with Thumbnails