Nuffnang

Wednesday, May 5, 2010

Wednesday, April 28, 2010

Triple Siti..Siti Nurhaliza,Siti Saerah & Siti Saida


Tema Pink Biru menjadi pilihan adik beradik Siti sempena majlis pelancaran album Apresiasi serta ulang tahun ke-15 penglibatan Siti Nurhaliza dalam industri hiburan tempatan. Turut hadir sama ialah Datuk K yang sentiasa menemani Siti Nurhaliza dalam acara-acara rasmi. Selepas ini, kami paparkan kepada anda betapa awesome’nya Siti Nurhaliza walaupun sudah lebih 2 tahun berkahwin.

Aleeza Kassim Dah Cerai(Supermodel Malaysia)











Sedikit mengejutkan berita yang kami baca di Harian Metro hari ini. Seingat kami, tiada pun desas desus mengatakan Aleeza Kassim bercerai yang sampai ke telinga kami.
Namun itulah yang selalu orang kata, jika sudah tiada jodoh, apalah sangat yang boleh kita lakukan. Aleeza Kassim di’ceraikan dengan talak satu Februari lalu di Hyatt Saujana, Subang Jaya.

Bekas suami Aleeza Kassim, Mohd Fauzi Che Ros merupakan seorang ahli perniagaan dan mereka berdua berkahwin pada 16 Julai 2006.
Aleeza Kassim yang juga memiliki Akademi Peragaan Aleeza Kassim menegaskan yang perpisahan beliau dengan suami tiada kaitan dengan orang ketiga.

“Suami menceraikan saya pada Februari lalu atas masalah yang berpunca daripada kami berdua. Namun, biarlah masalah itu menjadi rahsia kami”

Kami doakan yang Aleeza Kassim & suami tabah dengan dugaan ini. Mereka sedang menunggu keputusan kes mereka dari mahkamah 21 April ini.

GAMBAR PESTA BOGEL DI DATARAN MERDEKA

HEHEHE..JGN MRH YE..









Sharifah Amani Hisap Rokok?..Hisap la benda lain weyh


Dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini, merokok masih belum sinonim dengan golongan wanita & imej seorang wanita yang merokok selalu di’kaitkan dengan negativity.


Video temubual seorang wartawan dengan Sharifah Amani menunjukkan yang ada sekotak rokok & lighter di’hadapan selebriti comel ini.


Namun kesahihan tangan kiri Sharifah Amani memegang rokok tidak dapat kami pastikan kerana keadaan video yang gelap & tidak jelas.


Norman Hakim Menang Artis Lelaki Berbibir Seksi,Abby Abadi Jadi Wakilnya


Alahai. Ringan sangat berita yang kami bawa tengah tengah malam begini. Ah what the hell. Layankan atau anda tidur sahaja.


Baru-baru ini, sebuah majlis anugerah kurang popular berlangsung mempertandingkan kategori yang pelik & aneh untuk dunia artis — termasuk kategori Artis Lelaki Bibir Seksi.


Dan, pemenangnya tidak lain tidak bukan, Norman Hakim yang anda semua sayangi. Apa yang menarik, Abby Abadi tampil ke’atas pentas untuk mengambil trofi.


“Saya dan Norman biasa-biasa sahaja. Saya nampak dia cuba berbaik-baik dengan saya dan anak-anak. Jadi, saya pun tidak ada masalah dengan dia. Dia pun selalu datang ke rumah untuk jumpa anak-anak.”


“Saya naik ke pentas tadi bukan kerana dia suruh saya wakilkan, tetapi ia berlaku secara spontan. Apabila saya tahu dia tidak hadir, saya terus naik ke pentas untuk ambil anugerah yang dia menang,” jelas Abby Abadi.


Di’tanya tentang bibir Norman Hakim, Abby Abadi berkata mungkin benar Norman Hakim memiliki bibir seksi. Mungkin benar? Itu sahaja?

nuffnang

Related Posts with Thumbnails